Sunday, June 29, 2014

1st Ramadhan 2014

Assalammualaikum w.t.w,

Alhamdulillah hari ni 1 ramadhan. Dapat juga aku berpuasa 1 hari. Hehee.. syukur tau dpt puasa nie sbb 1 week b4 puasa nie aku nak ganti puasa mmg xlarat sgt2. Letih je bdn nie. Actually, masa pregnant aisy dulu 3 hari je aku ponteng puasa itu pun sbb x sahur & kene minum air gula kat klinik. But this time mmg tekad sgt2 lah nk puasa penuh.. in shaa allah.

Ok kita cerita pasal ramadhan kali nie lar kan.. start malam tadi hubby aku x leh tidur agak nya, kebetulan dia nak tgk bola (worldcup) kan skrg nie. Jadi dia mmg tak tidur lepas 1st terawih semalam. Aku cuma sedar dia tanya aku nak makan apa utk sahur. Kebiasaan sahur kami sepanjang jadi suami isteri mmg sgt lah simple. Telur goreng atau telur masak asam je. Hehee. (BUKAN MALAS MASAK YERR! ) Hubby aku mmg bukan jenis makan makanan yg dipanaskan. Dia hanya makan masakan yg masak terus makan. Tak de nak simpan2 walaupun mlm masak esok pagi makan. Kecuali lar rendang2 time raya tu. Dan dia pun bukan jenis cerewet bab makan walaupun byk jenis makanan dia x makan. ( faham ke? ) ok kiranya, kalau gi umah sedara mara.. kalo semua menu seafood je. Dia tak kisah janji ade telur dadar goreng utk dia je. Hehe.. senangkan dpt laki mcm nie. Hahaaa.. :)) tapi sebenarnya dia telah menumpulkan skill masak aku. Hahaa.. yer r, aku mmg suke seafood. Dia lak x makan. Dah tu kira beli ikan setahun skali je.. udang sotong tu beli jugak lar sbb anak aku mmg favourite seafood. Nasib ade geng kan.. huhuu..

Jadi kesimpulannya sahur aku pagi tadi, nasi + kicap + telur masak asam + air nestum + ubat obimin..
Rupa2nya hubby aku dah makan awal dah. Dia nak kejut anak dara sorang tu tapi tak berjaya sbb lena betul lar Aisy tidur. Kesian kan baru 5 tahun. Nak ajar puasa kononnya tp hari lain lar kot try bg dia puasa kan..:)

Pengalaman puasa hari ini, boring sbb duduk rumah. Luar pun panas. Baby dalam perut ok. Cuma time tghari tu kemain aktif dia bersenam dlm perut nie. Mgkn rasa lapar kot. Huhuu.. sepanjang hari aku tgk perut je. Hahaa.. risau lar kan kalau x gerak2 lama kan.. mmg dahaga sgt. Tolong hubby kemas dapur pon menggigil gak. Cuci pinggan pon nak pitam. Jap2 aku duduk. Kebetulan kakak aku otw balik dari Melaka, jadi dia singgah dan berbuka kat rumah aku je. Meriah lar kann.. seronok lar Aisy sepupu semua ada. :)

Persiapan berbuka puasa start kul 3pm. Hubby aku dah janji nak masak daging blackpepper yg aritu dia bwk gi potluck ofis dia. Tapi yg kat ofis tu sekilo daging dia buat. Kali ni sikit je lar. Pastu aku mmg teringin sgt nak makan sayur kacang buncis goreng ngn telur. ( mengidam benda senang je aku niee.. ) hehe.. dia pun pegi lar Aeon Alamanda ngn anak2 buah aku 2 org yg dah anak dara tu kan dgn anak dara kecik aku tu. Kemain lama lar tunggu. Dekat 5 agaknya dorang baru balik dari sana dan siap singgah pasar. Bila balik aku terus duduk bersila ambil pisau terus potong kacang buncis tu. Sbb rase nak ratah je kacang buncis tu..hahaha.. punya teringinnye kann..:p hubby aku siap goreng sayur aku dulu. Pastu dia siap masak daging blackpepper dia. Pantasss uols..  pastu dorang tadi siap nak buat aiskrim sendiri. Blend lar ais bagai. Aku duduk je lar kat depan rilex2. Kakak aku n abg ipar teringin ayam golek. Mereka pun jalan2 lar area Pasar Tani Putrajaya kat Presint 2 tu . Tahun ni kebetulan ada 2 bazaar ramadhan. 1 lagi dibuka depan Masjid Besi. Jadi orang ramai boleh pergi 2 tempat untuk bazaar ramadhan di Putajaya nie.

Settle semua. Kul 630pm dah siap semua. Anak dara kecik aku dah melantak 3 kuih pelita. Dia mmg puasa sgtttt.. hahaa.. mmg dia tak makan nasi pon hari nie. Jadi mata dia pon rambang tgk makanan yg terhidang. Cian dia kene marah jugak ngn Abi dia. Bukan apa, nak ajar supaya dia menghormati org yg sedang berpuasa. Dia sental ais krim n makan depan sepupu2 dia kan.. mmg patut kene 'warning'...  huhuu..

Ok..so menu kami 1st berbuka utk 1 Ramadhan 2014 adalah ;

1) Nasi Putih by aku sendiri.. hahahaa..
2) Ayam Golek
3) Daging Black Pepper by Chef Kamal
4) Rendang Ayam by Wan Melaka a.k.a Mak Mentua kakak aku..hehe
5) Sayur Kacang Buncis Goreng by Chef Kamal
6) Roti John
7) Kuih Pelita
8) Kurma
9) Air Sunquick with cocktail dlm tin tu.. (serius sedap) by Chef Kamal
10) Air Soya 1 kotak
11) Kek Coklat n Carrot Cake

Tamat siri pertama menu berbuka puasa tahun ini . Hihii..

Tunggu je aku update menu berbuka dari aku sendiri nanti. Kalau rajin lar kan.. berdiri pon gigil2.. hehe.. tp nak seribu daya tak mau seribu dalih. Air tangan isteri itu penting. Wpun air tangan suami lagi sedap dari isteri.. hahaa.. ( tergugat x?? ) huahuaa. Pepun hubby aku ikhlas masak semua nie rase syukur sgt dia bleh memahami keadaan isterinya yg banyak songeh lately nie.. huhuu.. wpun nmpk bebal2 gak dia buat keje umah tp ade gak hati nak tolong settle kan umah sementara aku tak larat nie.

Ok.. see u next story! Huahuaa... selamat berpuasa. JANGAN LUPA!! Berhenti sebelum kenyang ok... ;)

Wassalam..

Saturday, June 28, 2014

Salam Ramadhan 2014 & Selamat Berpuasa

Assalammualaikum wtw...

Dikesempatan ini saya sekeluarga memohon ampun dan maaf andai ada silap dan salah kami kepada semua yg mengenali. Semoga ramadhan ini adalah antara yg terbaik utk kita semua.. amin.

Hari ni sabtu, esok dah nak puasa. Ganti puasa last year x dpt sbb mmg tak larat. Walau apapun, esok mmg berazam nak puasa. Harap sgt puasa tahun ni leh dapat penuh walaupun bulan posa nie mmg kene minum air gula time check up baby. Xpe paling kurang x lar teruk nak qada puasa kan.. :)

Start hari gaji 25hb smpi hari ni tgk org ramai berpusu2 beli barang keperluan. Tapi taun ni aku beli telur je sepapan tu. Hehe.. sbb beli byk2 kang silap2 order makan kat kedai je. Huhu...
Lgpun pasar x jauh mane pon. Balik awal, so anytime leh singgah beli brg utk masak.

Ok smpi disini saja. Taip pakai phone je nie. Maklumler pc kat ofis dh x leh guna sebarangan katanyerrr.. sabau jer r.. :p

So take care uols. Posa jgn ngelat hokey.. inshaallah malam ni aku suami n aisy akan berterawih di surau berdekatan. Harap2 badan ni sihat sentiasa. Cuaca pun tak menentu skrg. Kene byk minum air suam bebanyak ok..

Ok. Wassalam.


♥ Salam Ramadhan 2014♥

Thursday, June 19, 2014

Mommy To Be Again ♥

Assalammualaikum w.tw.

Hari ini baru rasa selesa dan rajin sikit nak update. (Mcm lar korang baca kan?) hahaa.. Ok hari ini update pasal pregnancy. Alhamdulillah, seperti yang dirancang serta atas izin dan kehendak-NYA kami akan menerima kehadiran orang baru dalam beberapa bulan lagi. Untuk kandungan kedua ini, mmg rancangnya tahun lepas. Tapi sebab apa tah, kira rasa bersedia sangat adalah tahun 2014. :) hihi.. mungkin sebab dah lama tak cuti lama dan nak gunakan cuti 3 bulan yang kerajaan bagi. Haahaa.. :)

Baiklah untuk perjalanan kandungan kali ini agak mencabar dari kandungan pertama dulu. 1st, hampir2 nak buat X-ray ( nasib lar buat UPT dulu ) 2nd bulan ke 3 jatuh terlentang dalam rumah kerana lantai licin lepas hujan lebat dan air naik ikut lubang saluran dari balkoni rumah. Alhamdulillah, tiada apa yang serius cuma sakit belakang dan uri rendah/jatuh tetapi tidak bahaya. Nasihat untuk berjaga-jaga je sebab kalau ada pendarahan kene terus ke hospital. 3rd bulan ke 5, air kencing kene trace. Ada suspek kencing kotor pulak. Doktor bagi alkaline urine ( air garam  tuhh ) dengan antibiotik. Seksa nak makan ubat-ubatan sbb semua besar2 dan macam nak tercekik je. I makan OBIMIN tiap pagi. OBIMIN ni telan waktu pagi seeloknya dengan jus buah. Tapi i telan je dengan air suam. Tercekik mmg byk kali dah. haha... Dulu kandungan pertama, doktor bagi FOLIC ACID dan vitamin lain. Tak ingat dah, (ada dalam 3 jenis kene telan tapi size kecil je ). Kali ni sebiji je OBIMIN tu i kene telan sebab awal2 kandungan muka pucat, mmg tak ada tenaga. Balik kerja tidur je. Rehat sampai sembab muka. Hihi. Selain demam yang datang on off. Efek paling teruk adalah cuti rehat pun tinggal untuk raya puasa je. Nak bangun gi kerja tak larat, inikan pulak nak ke klinik ulang alik nak amik MC. Terpaksa la gunakan Cuti Rehat Tahunan untuk rehatkan diri kat rumah. (Bayangkan lar kalau batuk bersin masa mengandung ni, mmg duduk dalam bilik air je lar...) :''( sob sob...

Ok. lepas raya nanti ada ultra sound lagi (scan baby), check up mmg macam biasa tiap bulan. Harap2 semuanya ok sihat dan selamat serta dipermudahkan segalanya.. Amin YRA. :)

Kat sini i share ultra sound untuk kandungan kedua : ( Serius time doktor godek2 perut nampak jelas, tapi bila print out tak jelas pulak. hehe) Nanti lepas scan utk minggu ke 30 nanti i nak try buat 3D/4D ultra sound lak. Katanya boleh tgk muka baby dalam tu.. haha.. boleh lar kalau saja nak suka-suka buat kan. :)

10 minggu  ( time nie check masa nak buat buku pink tu )

13 minggu ( time nie check baby sbb jatuh terlentang ) huhuuu..

19 minggu ( time nie check dan baby tgh meniarap )
Ok, jumpa lagi.

Share sikit kat sini.

Rezeki Allah dari pelbagai cara :)

Allah sebaik2 perancang :) Semua dah tertulis. Teruskan berdoa.




Thursday, February 13, 2014

Tadika Budak Cerdik

Assalammualaikum w.t.w,

Aiyakk, dah tengah bulan 2 dah baru nak bercerita. Anyway, hari ni nak cerita tentang Januari punya cerita. Awal2 tahun mmg standard untuk ibubapa buat persiapan untuk anak masuk sekolah. So, tahun ini adalah tahun pertama bagi aku dan suami melalui pengalaman persiapan untuk Aisy yang dah masuk 5 tahun. Cepat tul ko besau.. ish ish.. :) Alhamdulillah, sihat dan happy girl!

Setelah bertahun survey tempat belajar Aisy, dan hampir last2 minute nak tukar Tadika. Akhirnya kami sepakat untuk hantar Aisy ke Tadika Budak Cerdik. Tadika ini mempunyai beberapa cawangan dan ada perkhidmatan Taska juga. Atas cadangan kakak my bff, so aku daftarkan je dia kat Tadika Budak Cerdik ni.

Proses Registration.
Pihak Tadika Budak Cerdik terima registration awal. Tapi aku register semasa hari Open Day Tadika tersebut. Jadi ada ramai lar parents yang register dan anak2 pun kenal lar kawan2 baru. Semasa register tu, aku buat bayar booking je RM100. huhuu.. Sebab time ni pun nak tak nak hantar Aisy ke situ. haha.. but selepas penerangan dari owner Tadika tersebut dan bila tgk list2 dan segala mak nenek yang akan Aisy belajar disitu, jadi balik tu mng dengan rasa excited bagitahu suami mmg nak bagi Aisy belajar disitu.

Orientation Day.
Pada 3 January 2014 (Jumaat) diadakan Hari Orientasi untuk pelajar baru. Aisy mmg berkobar2 lar nak pegi sebab dah ada uniform baru. Sementara guru2 sedang meng'orientasi'kan  pelajar2nya, parents boleh buat penyelesaian bayaran yuran bagi anak2 mereka.

Yuran Tadika Budak Cerdik.

Fuhh.. gigil gak lar nak bayarkan, bonus + gaji bulan tu mmg untuk Aisy je lar. Sbb sayang, terpakse lar bayar kan.. hahaha.. :) Anyway, total segalanya adalah RM1450.00 termasuk yuran bulanan sebanyak RM370 (termasuk yuran transport RM20). Masa Orientasi tu aku bayar RM1200 je sbb lagi RM250 tu kelewatan untuk withdraw. (Nampak perangai lupa tu kan...?!!) hahaa.. Tapi Tadika nie bagus, boleh bayar ansur. So baki RM250 tu aku bayar pada hujung bulan January untuk Resit bulan February. Jadi RM 370 akan diperuntukkan untuk yuran tadika Aisy.


1st Day School.

Huhu.. 1st Day Aisy bagus. Rilex je. Dia seorang Morning Girl! mmg x susah nak kejut Aisy bangun. ( susah kejut abi dia lagi dari dia...) hahah.. :p Selalunya pagi2, kalau aku dah bangun siap2 kat dapur tu, dia akan terpacul smbil gosok2 mata ditambah dengan muka manja dan selalu jugak dia ajak aku tidur balik. haha.. :p So, pagi2 senang sgt lah nak uruskan dia. 1st day berjalan lancar. :) ♥

Ok, sampai ini dulu. Aku pun bukan tenang dan sedang bersenang lenang.. haha.. Byk keje nak dibuat. So, akan diupdate lagi. :) See u. Ade gambar ckit nie.. enjoy!

Messenger Book :)

Hafalan Surah2

Keperluan Aisy

Resit!! $$$$

Jadual! :)






Ok bai! :)


Saturday, December 28, 2013

Betapa Pantasnya Masa!! 2013 Good Bye!

Assalammualaikum,

Alhamdulillah, ade time gak nak mencoretkan sesuatu disini. Agak sibuk dengan tugasan harian. Fuhh.. 2013 yg mencabar! Memori pahit manis kalo ditimbangtara, alhamdulillah byk yg manis. Sekejap je dah nak masuk 2014.. oh mak aih.. taun depan tambah laie umur... :p 

Alhamdulillah, Ya Allah. Tak tau nk dijelaskan betapa bersyukurnya bile ingat balik segala yg dilakukan sepanjang tahun 2013. Beberapa niat termakbul dan dpt dipenuhi. In shaa allah tahun 2014 perancangan kami sekeluarga akan lebih baik.

So, 2014 bakal menjelma dalam 3 hari lagi. My baby pun dah nak masuk tadika 5 tahun. Pening juga nak pilih tadika yang sesuai dengan kriteria yg memikat hati mama n abi Aisy nieh.. :) Kriteria UTAMA adalah yg ada belajar SOLAT. Walaupun yuran tadika skrg macam masuk U, gigih n gagah lar simpan duit pendaftaran + yuran2 berkaitan untuk masuk ke tadika tu. Semua ibu bapa nak yg terbaik untuk anak2 mereka. Asal sebut ibu bapa.. air mata bergenang jer. Serius, sgt2 rindu..sgt2 sedey! W/pun seketika, w/pun sekelip mata mereka tiada, Hanya Allah Maha Memahami dan Maha Mengetahui ape yg tersirat di sanubari. :p amboihhh.. Ok, rilex.. cite pasal skolah anak lak!. fokusss... ehhehe...

So, 80% done. Kasut sekolah yg tak perlu sgt pon dak Aisy tu dapat paw dari mama die nie. Die skrg sgt2 obses dgn Barbie n Dora, mmg mcm main galah panjang kalo gi shopping ngn die.. semua benda dia nak! Hadeh.. serius tatau dari mane Gen shopping tu tersangkut! ehhehe.. Bab nanges guling2 mcm mama dulu nasib tak de kat die.. hahaha..:P 

Teringat dak kecik tu kat umah ngn Abi die. Puas lar bulan ni dia paw Tok Baba n Ibu Wa dia shopping. Sehari kalo dah beratus habis.. kalo seminggu tinggal kat kampung nie, mmg botak pale pak mentua i.. :p hehe... Bertuah Aisy! Rezeki tak pernah putus. Alhamdulillah. Segala perancangan utk dia tahun ni, dpt dipenuhi. Cuma 1 je.. nak bwk gi USS tak berkesampaian. In shaa allah, kalo ade rezeki tahun depan boleh lar bwk dak ni berjalan. tp kalo ade rezeki lebih lagi.. baik lar bawak pi Mekah tros.. iyer dak? hihiii.. Amin.. amin... :) 

Ok, xde ape dah nak cite. Akan continue bile dah ade idea n jari jemari sudah bersedia. Maklumler keje menaip je.. lenguh lak nak taip blog semata kan.. :p 

Jumpa lagi tahun 2014. In shaa allah.

Semoga tahun baru 2014 ini, berharap sangat Allah taala makbulkan doa kami sekeluarga, beri kebahagiaan dlm rumahtangga, beri rezeki halal berkat kepada kami, pekerjaan yg baik utk kami, dikurniakan anak yang ramai utk kami.. dan semoga kami dijadikan sebagai ibu bapa dan anak yang cemerlang berjaya di dunia dan akhirat. Amin2..YRA.

2013 ~ Gudbye! tq so much for the memories! :)

2014 ~ Welcome! tq for coming n pls be nice ok!! ♥ :) hehehe

See yaa! :p



Tuesday, June 25, 2013

Sweet Orange In Progress!! Chaiyok Mr.Hubby ♥♥♥

Day 1 & 2

Misi 30 hari untuk siapkan kereta iols.. ehehhe.. :)

Day 1 & 2 : Proses Meleraikan Segalanya!! hukhukk...    

Day 3

    
Day 3 : Proses Meleraikan wayar2 yg semak2 alam tu.. hikhik



OK,  see my new updates!! :) Stay tune!! ok papai...
















 

Akhirnya kau pergi jua.. :'(

Assalammualaikum w.t.w,

Sob..sob.. sedey mood! huhu..

Ok, macam bese luahkan jer kat blog nie..hukhukk..

Smlm ade caller yang minta untuk talian MAKNA (yang persatuan kanser tu..). Tetibe jer teringat seseorg yang pernah ada kaitan dengan MAKNA tu. Ok, start citer.


Nama dia tut tut.. Kenal dia masa Form 3. Dia adalah seorang lelaki..tutttt... hahaa..Kisah lama kan.. dia antara peminat2 lar.. (bajet cantik, padahal! hitam legam jer time skolah2 dulu..haha..pe yg best sgt tatau kat aku nieh.. haish!..)


Dia sgt gigih utk mendapatkan ape yg di mahu..gitew! tapi kami tidak ade ikatan ape2 yer & lost contact sbbnyer sbb saya sgt setia pada org lain waktu itu.. cinta monyet!! ukkkk akkk akkk...(macam bunyi monyet x??) ahhaa :) Cinta lah sgt! 

Dia nie dulu, aku kerap gak terserempak kat Central Market dulu..Form 5 kan. Tuisyen kat Kasturi .. harus ler ulang alik makan pakai semua kat situ. Lama jugak tak bersua tetibe nmpk dia. Tapi dia ngn gf dia lar.. (teringat lak babak terserempak tu, masing2 dah lepas (selisih bahu jer uolss..).. dalam beberapa puluh langkah kehadapan, masing2 TERPALING BELAKANG sama time lak tu.. hadeh.. segan i...hahhaa). Pastu, x jumpe dah.

After 2-3 years, 1 day b4 masuk kolej kat Sibertek tu, dapat tau dia masuk wad kat HKL. Sakit. Sampai sana dia ditemani mak & sorg perempuan. Tak kenal dan itu gf dia(bkn yg aku penah terserempak dulu pon). 

Dengar2 cite, gf baru dia nie degil. Dia suh gf dia tinggalkan dia, sebab dia sakit. tapi tak mau jugak blah. Bagus lar kan, sanggup jaga masa susah senang. But FYI, dia disahkan menghidap LEUKIMIA! Aku tak tau bile dia kene mcm tu. Nampak dia mmg kurus sgt. So, time to time, dia kene buat kimo, ulang alik hospital. Ada gak dengar2 kene penyakit misteri.. hadeh..kesian sgt tgk dia. As a friend, mne sanggup tgk kawan mcm tu.:(

Selepas beberapa bulan, dia muncul balik. That time aku baru ditinggalkan .. ahhaa.. padan muke, tak pandai jaga bf kan.. kuikui.. xde hal lah! So, dia dtg lepak makan kat kolej sembang2 jap lar. (Padahal kitorg teman org dating, kiteorg pon skali dating..) hikhik..

Sejak dari tu kami rapat..hari2 call, jumpa kat KL, dia siap bg sim card supaya senang dia nak call pakai no.tu. Kami gi genting ramai2, that time sayu gak tgk dia kesejukan tp dia yg bagi sweather dia kat aku.. hadoi sweet mamat nieh.. siap bagi terus..melekat bau minyak wangi dia dlm sweather tu smpi skrg gua ingat.. :) 

Ada time gi kenduri kat umah sedara member area Seremban kot, dah tak ingat. So, kami berempat singgah lar nak berubat untuk penyakit dia tu kan. Pakcik tu pegang dia dan terus cakap.. "SAKARATUL MAUT"... Pak Cik tu tekan ckit jer kat kaki dia, dia tahan tp mengerang kesakitan. Menitis air mata aku tgk tau. Aku muke ganas, hati tak kental beb! Tapi kite kene nmpk kuat dari org sakit supaya org tu rase kuat.. eh..memandai2 je kan...:p
Ok, balik dari tempat tu, tgk dia rilex sgt2.. ckp kat dia, "u x nmpk mcm sakit lar.. u kuat kan.."... dia senyum jer.. :'(
 
Erm..Still remember, ada time tu aku tak balik utk cuti, stay kat kolej kebetulan dia baru balik hospital & mintak teman kan dia balik kampung. Kuala Pilah uols. We meet at KL Sentral. Naik komuter smpi Seremban. Naik bas kat Terminal Bas kat situ. Ingat nak anta takat tu, tapi dia kata mama dia akan ambil kat sana. Termakan pujuk je aku nie. Sampai sana tau2 dah gelap. Malam dah uols.. tertido dalam bas.. Malu!! ahaha.. Mama dia ambil pastu terus ambil adik dia sekolah agama kat area situ jugak. Ramah-tamah family dia. Smpi sana, aku demam2, batuk smpi tak leh nak sembang banyak ngn family dia. Tapi mereka sgtlah best, family yg sgt penyayang. :) Ayah dia siap suh dia amik ubat batuk utk aku & tolong suapkan gitew. Sape nak manje kan aku kan.. peluang lar tu. ahaha..happy sgt lah! :p hehee. Tido semalam kat sana ngn adik bongsu dia, byk sembang w/pun suara serak2 manje kan.. haha.. mlm tu jugak tgk cite pirates of the caribbean. Aku nak tido, dia paksa layan tgk cd tu. Beriya sgtlah sgt nak tgk movie kononnyer verangan tgk wayang ngn aku.. haha..

( 1 day jer pun aku kat sana..esok dah balik)

Ok balik dari kampung tu, dia hantar smpi komuter Bangi jer sbb aku nak balik Kolej. Itu detik terakhir aku jumpe dia. Smpi kolej dia terus sms. Aku nie dok sms tanya bukan2 & mcm2 soklan lah... smpi lar dia ckp dia puas hati sbb dpt rapat ngn aku walaupun xdpt aku!!!.. Punca? sbb dia penah try tp aku mentah2 tolak dia! dendam kesumat rupenyer.. aku bgtau aku kecewa sgt dia tak ikhlas ngn aku, bergaduh2 lar kiteorg 2-3 hari smpi aku gi swimming pon dok bermaki2 kat dlm bilik persalinan perempuan kat situ, padahal dia kat hospital baru pas kimo!.. Ada lar ayat2 yg tak patot aku tuduh dia kan.. skali dia jawab ~ "u ingat i bangsat sgt nak buat u mcm dorang?.." ..tuttt tuttt.. putus talian!! huh.. kelu aku..(xpenah org marah aku tau dan xpnh tau dia leh marah cmtu..sbb b4 nie dia layan aku baik jer..sob sob) tp, bersalah pon ade tetibe tuduh dia bukan2 lak.. 5-10 minit pastu, tetibe dia call... last word dari dia.. " kalau lar skrg i ada peluang dan boleh sayang u......."tuttt... aku yang letak phone! then dia keep on sms.. mcm2 dia bgtau, tp soal hati mane leh tipu. mmg dh xde perasaan ape pon kat dia. Pelik kan. aku pun hairan.! Ker serik??! hukhukk..

dan... itu adalah yang terakhir kami bercakap. Juz a few month dengan dia. Pastu langsung tak amik tau pasal dia. Mungkin itu detik2 or permintaan terakhir dia nak dpt ape yg dia nak kan.. dpt lar takat borak2 kan.. em..:(

So, semalam saje google nama dia. Nasib lar ingat. Sebelum ni cari tak de lak. Tapi semalam lar baru tahu yang dia dah tak de. Sedih gak beb, bile dpt tau sebelum dia meninggal dunia tu dia dah lama terlantar kat rumah dan buta. Umur 23 tahun masa dia pergi..2007.. Semoga arwah tenang disana. 3-4 tahun dia sengsarakan.. Berat tul ujian yang Allah berikan pada dia dan Allah lebih sayangkan dia. :) Apepun dia sgt kuat menempuh penyakit tu.. Respect him! Terima kasih kerana pernah wujud dalam hidup saya..  sob sob... :'(


Ok, the end. 

Teringat dia selalu kene minum ribena. Tea O Ais...
Teringat juga bila Pak Cik yg berubat dia dulu tu beritahu aku yg ada org hantar benda kat dia... ~ scary kan! Wallahhualam.. Semoga kawan saya nie dicucuri rahmat. Al-fatihah.