Thursday, June 19, 2014

Mommy To Be Again ♥

Assalammualaikum w.tw.

Hari ini baru rasa selesa dan rajin sikit nak update. (Mcm lar korang baca kan?) hahaa.. Ok hari ini update pasal pregnancy. Alhamdulillah, seperti yang dirancang serta atas izin dan kehendak-NYA kami akan menerima kehadiran orang baru dalam beberapa bulan lagi. Untuk kandungan kedua ini, mmg rancangnya tahun lepas. Tapi sebab apa tah, kira rasa bersedia sangat adalah tahun 2014. :) hihi.. mungkin sebab dah lama tak cuti lama dan nak gunakan cuti 3 bulan yang kerajaan bagi. Haahaa.. :)

Baiklah untuk perjalanan kandungan kali ini agak mencabar dari kandungan pertama dulu. 1st, hampir2 nak buat X-ray ( nasib lar buat UPT dulu ) 2nd bulan ke 3 jatuh terlentang dalam rumah kerana lantai licin lepas hujan lebat dan air naik ikut lubang saluran dari balkoni rumah. Alhamdulillah, tiada apa yang serius cuma sakit belakang dan uri rendah/jatuh tetapi tidak bahaya. Nasihat untuk berjaga-jaga je sebab kalau ada pendarahan kene terus ke hospital. 3rd bulan ke 5, air kencing kene trace. Ada suspek kencing kotor pulak. Doktor bagi alkaline urine ( air garam  tuhh ) dengan antibiotik. Seksa nak makan ubat-ubatan sbb semua besar2 dan macam nak tercekik je. I makan OBIMIN tiap pagi. OBIMIN ni telan waktu pagi seeloknya dengan jus buah. Tapi i telan je dengan air suam. Tercekik mmg byk kali dah. haha... Dulu kandungan pertama, doktor bagi FOLIC ACID dan vitamin lain. Tak ingat dah, (ada dalam 3 jenis kene telan tapi size kecil je ). Kali ni sebiji je OBIMIN tu i kene telan sebab awal2 kandungan muka pucat, mmg tak ada tenaga. Balik kerja tidur je. Rehat sampai sembab muka. Hihi. Selain demam yang datang on off. Efek paling teruk adalah cuti rehat pun tinggal untuk raya puasa je. Nak bangun gi kerja tak larat, inikan pulak nak ke klinik ulang alik nak amik MC. Terpaksa la gunakan Cuti Rehat Tahunan untuk rehatkan diri kat rumah. (Bayangkan lar kalau batuk bersin masa mengandung ni, mmg duduk dalam bilik air je lar...) :''( sob sob...

Ok. lepas raya nanti ada ultra sound lagi (scan baby), check up mmg macam biasa tiap bulan. Harap2 semuanya ok sihat dan selamat serta dipermudahkan segalanya.. Amin YRA. :)

Kat sini i share ultra sound untuk kandungan kedua : ( Serius time doktor godek2 perut nampak jelas, tapi bila print out tak jelas pulak. hehe) Nanti lepas scan utk minggu ke 30 nanti i nak try buat 3D/4D ultra sound lak. Katanya boleh tgk muka baby dalam tu.. haha.. boleh lar kalau saja nak suka-suka buat kan. :)

10 minggu  ( time nie check masa nak buat buku pink tu )

13 minggu ( time nie check baby sbb jatuh terlentang ) huhuuu..

19 minggu ( time nie check dan baby tgh meniarap )
Ok, jumpa lagi.

Share sikit kat sini.

Rezeki Allah dari pelbagai cara :)

Allah sebaik2 perancang :) Semua dah tertulis. Teruskan berdoa.




2 comments:

  1. Replies
    1. tq sue.. :) batuk bersin x abis2 lagi nie.. sabau jer lar.. popia nestum bile rajin buat? ehhehe

      Delete