Aiyakk, dah tengah bulan 2 dah baru nak bercerita. Anyway, hari ni nak cerita tentang Januari punya cerita. Awal2 tahun mmg standard untuk ibubapa buat persiapan untuk anak masuk sekolah. So, tahun ini adalah tahun pertama bagi aku dan suami melalui pengalaman persiapan untuk Aisy yang dah masuk 5 tahun. Cepat tul ko besau.. ish ish.. :) Alhamdulillah, sihat dan happy girl!
Setelah bertahun survey tempat belajar Aisy, dan hampir last2 minute nak tukar Tadika. Akhirnya kami sepakat untuk hantar Aisy ke Tadika Budak Cerdik. Tadika ini mempunyai beberapa cawangan dan ada perkhidmatan Taska juga. Atas cadangan kakak my bff, so aku daftarkan je dia kat Tadika Budak Cerdik ni.
Proses Registration.
Pihak Tadika Budak Cerdik terima registration awal. Tapi aku register semasa hari Open Day Tadika tersebut. Jadi ada ramai lar parents yang register dan anak2 pun kenal lar kawan2 baru. Semasa register tu, aku buat bayar booking je RM100. huhuu.. Sebab time ni pun nak tak nak hantar Aisy ke situ. haha.. but selepas penerangan dari owner Tadika tersebut dan bila tgk list2 dan segala mak nenek yang akan Aisy belajar disitu, jadi balik tu mng dengan rasa excited bagitahu suami mmg nak bagi Aisy belajar disitu.
Orientation Day.
Pada 3 January 2014 (Jumaat) diadakan Hari Orientasi untuk pelajar baru. Aisy mmg berkobar2 lar nak pegi sebab dah ada uniform baru. Sementara guru2 sedang meng'orientasi'kan pelajar2nya, parents boleh buat penyelesaian bayaran yuran bagi anak2 mereka.
Yuran Tadika Budak Cerdik.
Fuhh.. gigil gak lar nak bayarkan, bonus + gaji bulan tu mmg untuk Aisy je lar. Sbb sayang, terpakse lar bayar kan.. hahaha.. :) Anyway, total segalanya adalah RM1450.00 termasuk yuran bulanan sebanyak RM370 (termasuk yuran transport RM20). Masa Orientasi tu aku bayar RM1200 je sbb lagi RM250 tu kelewatan untuk withdraw. (Nampak perangai lupa tu kan...?!!) hahaa.. Tapi Tadika nie bagus, boleh bayar ansur. So baki RM250 tu aku bayar pada hujung bulan January untuk Resit bulan February. Jadi RM 370 akan diperuntukkan untuk yuran tadika Aisy.
1st Day School.
Huhu.. 1st Day Aisy bagus. Rilex je. Dia seorang Morning Girl! mmg x susah nak kejut Aisy bangun. ( susah kejut abi dia lagi dari dia...) hahah.. :p Selalunya pagi2, kalau aku dah bangun siap2 kat dapur tu, dia akan terpacul smbil gosok2 mata ditambah dengan muka manja dan selalu jugak dia ajak aku tidur balik. haha.. :p So, pagi2 senang sgt lah nak uruskan dia. 1st day berjalan lancar. :) ♥
Ok, sampai ini dulu. Aku pun bukan tenang dan sedang bersenang lenang.. haha.. Byk keje nak dibuat. So, akan diupdate lagi. :) See u. Ade gambar ckit nie.. enjoy!
Messenger Book :) |
Hafalan Surah2 |
Keperluan Aisy |
Resit!! $$$$ |
Jadual! :) |
Ok bai! :)
No comments:
Post a Comment